www.artismelayu.net    Forum Artis    Info Artis    Galeri Artis

Abby Abadi

Abby Abadi

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan dilahirkan pada 1 Disember 1977 di Kuala Lumpur. Abby ialah bekas anggota kumpulan all-girls Elite. Abby ialah anggota Elite yang pertama meninggalkan kumpulan itu. Abby meninggalkan Elite pada penghujung tahun 1997. Abby kemudian berkahwin dengan pelakon Norman Hakim

Abby dan Norman Hakim ialah satu-satunya pasangan artis yang bercerai, dan kemudian rujuk semula sebagai suami isteri dalam masa lima minit!

Antara filem Abby ialah 'Gerak Khas the Movie', 'Gerak Khas the Movie 2', 'Gerak Khas the Movie 3', 'Pasrah'. Antara album Abby sebagai penyanyi ialah 'Catwalk', 'Tamparan Wanita', 'Idola', 'Merbahaya'. Kesemua album ini adalah bersama kumpulan Elite. Abby ialah 'Artis Wanita Popular TV' pada tahun 2000, 2001, dan 2002.

Abby sudah bercerai dengan Norman Hakim apabila Norman Hakim ditangkap berkhalwat dengan artis Memey.