|
Abby Masih Sayang Zul
28 Dec - 26 Dis - Pelakon janda anak tiga, Abby Abadi (Arbaeyah Abdul Manan, 34), mengakui masih sayangkan bekas kekasihnya, pelakon Zul Ariffin. Memetik laporan dari Malaysian Digest, hubungan kedua pasangan itu berakhir kerana ada spekulasi yang mengatakan orang ketiga punca cinta yang dibina selama tiga itu terputus. Tapi sebenarnya punca mengapa hubungan mereka terputus adalah kerana ego masing-masing. Tak ada orang ketiga pun.
"Saya tak boleh tipu diri saya. Hati saya masih pada dia. Saya masih sayang dia. Cuma apa yang boleh saya katakan, kami masing-masing ego. Saya rasa ego dia yang lebih tinggi sebab selama ini saya sudah banyak mengalah dan berterus terang", ujar Abby.
Abby juga memberitahu yang dia dan Zul cuba berusaha untuk memulihkan keadaan tetapi semuanya tidak berhasil. Disebabkan itu perhubungan mereka semakin renggang dan akhirnya membawa kepada perpisahan.
Abby mengakui bahawa dirinya masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu melalui laman social Facebook dan Twitter.
|