artismelayu.net
forum artis
AC Mizal sah dapat datukship

24 Dec - 24 Dis – Akhirnya, sah sudah AC Mizal (Mizal Zaini, 40) mendapat anugerah pangkat datuk. Dipetik dari Harian Metro, AC Mizal telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada satu Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81.

"Dalam tempoh berkenaan, ramai peminat mahu tahu apa cerita sebenar di sebalik berita penganugerahan pingat ini selepas ia tersiar dalam akhbar dan Internet kerana ketika itu saya belum menerimanya secara rasmi. Malah, ada segelintir peminat juga membuat bermacam-macam spekulasi sehingga timbul cerita yang kurang enak. Apapun, saya tidak menyalahkan sesiapa kerana tahu mereka tidak memahami kedudukan sebenar termasuk proses bagaimana penganugerahan ini berjalan," kata AC Mizal.

Kata AC Mizal penganugerahan tersebut merupakan hadiah istimewa buatnya selepas sudah 23 tahun berkecimpung dalam industri hiburan. Kini AC Mizal bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan, malah dia turut menjadi usahawan dengan menubuhkan AC Konsortium Sdn Bhd sejak empat tahun.

Juga Datuk untuk Eizlan Yusof dan Fazley Yaacob

Turut sama menerima anugerah kebesaran DIMP yang membawa gelaran Datuk ialah pelakon Eizlan Yusuf, 40 dan penyanyi, pelakon, pengacara dan penceramah motivasi, Fazley Yaakob, 33.

AC Mizal
AC Mizal

Eizlan Yusof
Eizlan Yusof

Dr Fazley Yaacob
Dr Fazley Yaacob

26 Dec 2011. Sumber berita yahoo.news.