www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

"Saya bukan cemar dikir barat," kata Adik Wani

Siapa Adik Wani ni? Harian Metro 17 September 2011 menyiarkan berita tentang Adik Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, kata Adik Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Adik Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi. Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.

Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop. Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan.

Tak mahu seksi lagi
Adik Wani berkata, dia mahu berubah dengan tidak lagi memilih imej seksi.

Saya tidak mahu dikenali sebagai artis murahan dan cuba berubah demi kebaikan diri sendiri serta industri muzik negeri ini. Terima kasih atas segala teguran dan kritikan yang diberikan sebelum ini.

Profil
Adik Wani mula terbabit dalam industri muzik di Kelantan sejak berusia 13 tahun dan sehingga kini sudah menghasilkan lebih 20 album. Terbaru, dia muncul dengan album baru berjudul ‘Tokseh Karpet’ keluaran Etnik Production yang turut menampilkan artis seperti Man Khan, Rosalinda, Jemie Intan Berlian, Aris Kapilla, Yoe T.M dan penyanyi baru, Ayu Baby. Berasal dari Tumpat.

Berita asal dari Harian Metro 17/9/2011

Adik Wani Dikir BaratAdik Wani