|
Adira AF8 kata dia bukan lesbian
15 Jan - Adira AF8 (Siti Adira Suhaimi, 22) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.
Kata Adira selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan ke atasnya sebelum ini.
Tak sangka gosip lesbian muncul semula
“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai. Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” kata Adira.
Adira kata dia sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Dia sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan. Kata Adira lagi dia tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Jadi dia memohon agar cerita-cerita negatif itu dihentikan kerana ia mencemarkan reputasinya dan keluarganya.
Gosip lesbian dengan Zack
Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” kata Adira.
..
|