Muka Depanwww.artismelayu.net 

Ahmad Jais

Penyanyi
Ahmad Jais

Nama betulnya Mohd Jais Ahmad. Nama yang kita dah biasa dengar ialah Ahmad Jais. Lahir pada 28 Mac 1936 dan meninggal dunia pada 11 Okt 2001 semasa berumur 75 tahun. Berasal dari Kapar, Kelang. Lagu genre pop dari mula sampai menghembus nafas terakhir. Aktif sebagai penyanyi sejak 1965 dan tidak pernah bersara dari menyanyi.

ANUGERAH Banyak jugak anugerah yang Ahmad Jais pernah dapat. Antaranya ialah Juara Lagu Asli 1959 & 1960, Juara Lagu Pop 1961, Juara Lagu Asli 1962, Anugerah Artis Sepanjang Zaman PAPITA 2002, Anugerah Biduan Veteran semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 (ABPBH).

PINGAT Pada 3 Jun 2006, Ahmad Jais dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada masa itu iaitu Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail.

FILEM Ahmad Jais juga seorang pelakon. Filem pertama ialah Aksi Kucing (1966). Selepas itu filem seram Dara Kula (awal 70an), dan akhir sekali dalam filem Si Badul (1978).

ALBUM Ahmad Jais sempat merakamkan 100 buah lagu dalam 15 album. Kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP. Album pertama ialah pada tahun 1965. Lagu apa lagi kalau bukan lagu 'Kucupan Azimat'. Ahmad Jais pernah berduet dengan Rafeah Buang (Juwitaku Sayang) dan Kartina Dahari (Budi Setahun Segunung Intan). Pernah dengar lagu ni? Kalau korang tengok filem Man Laksa (arahan Mamat Khalid) ada lagu ni. Zahid AF2 jadi Ahmad Jais. Yang jadi Kartina Dahari tu ntah sapa.

KONSERT Ahmad Jais hanya berjaya buat konsert solo 42 selepas menjadi penyanyi. Rekod Malaysia tu. Pada 23 Mac 2007, Ahmad Jais mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya.

SEJARAH AWAL Ahmad Jais ni macam P.Ramlee jugaklah. Tinggalkan kampung halaman menuju Singapura untuk mencuba nasib mencari rezeki. Ahmad Jais ke sana pada tahun 1959, bukan menjadi penyanyi, tapi menjadi budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Mungkin pada masa tu besar jumlah gaji tu. Lepas tu Ahmad Jais mula masuk pertandingan-pertandingan nyanyian. Ada sekali tu, Ahmad Jais nak masuk pertandingan lagu asli kali ketiga pada tahun 1961 tapi peserta lain membantah. Sebab apa? Sebab dia penyandang juara dan mereka rasa mereka tak kan ada harapan untuk menang jika Ahmad Jais bertanding lagi. Hebat.

PERKAHWINAN Tak banyak maklumat yang dapat dikorek tentang keluarga Ahmad Jais. Isteri Ahmad Jais bernama Mas Halilah Mas Nayeem meninggal dunia pada Selasa Jun 23, 2009 semasa berumur 69 tahun. Masa tu Ahmad Jais berumur 73 tahun. Pasangan ini ada anak bernama Maimum , 31 tahun. Masa tu bila reporter nak buat temubual Ahmad Jais kata 'Jangan tanya banyak-banyak abang tengah sedih.'Ahmad Jais mempunyai 5 orang anak dan 13 cucu.

KONSERT TERAKHIR Kali terakhir Ahmad Jais mengadakan persembahan ialah di Istana Budaya, Kuala Lumpur dalam Konsert Semalam di Malaysia bersama kumpulan D'llyod pada Mei 2011.

Update 11/10/11. Foto KOSMO.