www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Ahmad Jais meninggal dunia

11 Okt Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa. Ahllahyarham meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas. Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ. Ahmad Jais di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Al-Fatihah..

Ahmad Jais masuk wad

25 Sep Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad (Ahmad Jais, 75) dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di Shah Alam akibat sesak nafas. Ahmad Jais kemudiannya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tengah malam Ahad kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

Anak keempatnya, Maimun Mohd. Jais, 31, berkata, buat masa ini, bapanya diberi bantuan mesin sokongan bagi membolehkannya berehat memandangkan keadaan paru-parunya masih lemah.

Pada 8 September lalu, Ahmad Jais mengadu penat dan sakit selepas pulang membuat persembahan di Batu Pahat, Johor. Sakitnya mula serius pada malam Khamis lalu dan beliau terpaksa mengambil alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor. Bagaimanapun, Ahmad Jais dipindahkan ke DEMC awal pagi semalam kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Ahmad Jais mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an. Antara lagu popularnya ialah Di Ambang Sore, Juwitaku Sayang, Budi Setahun Segunung Intan dan Sejak Kita Berpisah.

25 Sep 2011. Foto KOSMO.

Ahmad JaisAhmad Jais

Nak mengimbau konangan silam dengan tengok foto-foto Ahmad Jais sila masuk Foto Galeri Ahmad Jais.

Kalau nak tau sedikit sebanyak tentang Ahmad Jais sila masuk Profile Ahmad Jais.