| ArtisMelayu.net | Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |
Siti Nurhaliza menang lagi, Faizal menang besar di
Faizal Tahir mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-15 dengan merangkul empat anugerah utama. Anugerah yang digondol beliau adalah Album Terbaik, Album Rock Terbaik, Artis Terbaik Lelaki dan Persembahan Vokal Terbaik melalui album Aku.Muzik.Kamu. Penerbit yang terlibat dalam menghasilkan album itu ialah Ahmad Izham Omar, Faizal Tahir, Aubrey Suwito, Audi Mok dan Kunci Demak. Album tersebut dipilih dari empat album lain yang bertanding dalam kategori itu iaitu Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza), Melodi Ahlaan (Waheeda), Maulana (Rabbani) dan Eclecticism (Melissa Indot). Sementara itu, Persembahan Vokal Terbaik Wanita pula menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merampas kembali gelaran itu setelah tewas pada tahun lalu. Dengan kemenangan itu juga, Siti Nurhaliza berjaya mencipta sejarah apabila berjaya memenangi gelaran tersebut buat kali kesembilan sekali gus menghampakan empat calon lain iaitu Elyana (Jadi Diriku), Atilia (Sangkar), Dayang Nurfaizah (Dayang 2007) dan Karen Kong (Mulakan). Bukan itu sahaja, penyanyi tersohor itu juga memenangi Album Pop Terbaik menerusi album Hadiah Daripada Hati. Acara anugerah muzik berprestij itu juga memilih lagu Izinku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan Sulu Sarawak yang dinyanyikan oleh Kaer Azami sebagai Lagu Terbaik dengan menewaskan empat buah lagu lain iaitu Menanti Pasti, Mahakarya Cinta, Itu Kamu dan Sekian Lama. Album Terbaik Lagu Terbaik Komposer / Penulis Lirik Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Artis Baru Terbaik Artis Harapan Album Rock Terbaik Artis / Produser Album Pop Terbaik Artis / Produser Album Pop Etnik Terbaik Artis / Produser Album Nasyid Terbaik Artis / Produser Album Inggeris Tempatan Terbaik Artis / Produser Album Cina Tempatan Terbaik Artis / Produser Album India Terbaik Tempatan Artis / Produser Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negara Artis Kulit Album Terbaik Rakaman Album Terbaik Jururakam Video Muzik Terbaik Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) Penggubah Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) Penggubah Anugerah Kembara Anugerah Wirana
|
| ArtisMelayu.net | Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |