www.artismelayu.net | muka depan | forum artis | |||||||
|
20 Jan - Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi (36) selamat bernikah dengan Nurfarahin Romli (23) atau Farah Lee pada pagi Jumaat 20/1/12. Majlis pernikahan diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Ally Iskandar perlukan dua kali lafaz untuk menyempurnakan nikah. Gugup agaknya. Mereka dinikahkan oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.
Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran yang antaranya ialah Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah. Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan. Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada hujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal lepas.
Farah anak jati Terengganu dan masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat. Kedua-dua pasangan tersebut merupakan orang Terengganu. Berkahwin selepas gagal pertunangan Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama iaitu Nur Aishah Zainal, 26, tetapi hanya bertahan selama lima bulan apabila ikatan pertunangan itu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian. Semoga perkahwinan ini Ally dan isteri akan kekal abadi hingga ke akhir hayat.
| ||||||
Sumber berita mStar.com.my, KOSMO! Januari 2012. Foto KOSMO! |