Penyanyi Ana Raffali, 26, berhasrat untuk meneruskan projek ‘Sayang Buku’ bagi menggalakkan pelajar sekolah seluruh negara menanam minat suka membaca. Projek ini dianjurkan menerusi syarikatnya, About The Letter A Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada Julai lalu.
Kata Ana Raffali, “Saya sedang berusaha untuk menggalakkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah agar suka membaca buku. Saya akan meneruskan projek ini secara menyeluruh di sekolah-sekolah negara ini dengan membuka satu dana khas agar orang lain juga dapat memberikan sumbangan. Jadi, saya merasakan idea memberi sumbangan buku baru dapat memberi semangat kepada mereka untuk membaca.”
Dengan menggunakan “tagline” ‘Baca Selalu, Sayang Buku’, Ana yakin para pelajar akan menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan harian.
Ana Raffali kata dia rasa sebak apabila para pelajar di Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara, Puchong melaungkan tagline ‘Baca Selalu, Sayang Buku’ beramai-ramai. Aik, itu pun nak sebak?
“Saya perhatikan mereka teruja apabila mendapat buku baru kerana saya juga lebih suka membaca buku yang baru. Saya rasa kaedah ini merupakan satu cara untuk menggalakkan mereka membaca,” kata Ana lagi.
Sep 2011
|