| ArtisMelayu.net | Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |
Siti Nurhaliza, Faizal harumkan Malaysia di
Malaysia mengatasi jiran-jiran serantau dari Indonesia dan Singapura untuk mengungguli banyak kemenangan. Artis Melayu yang mengharumkan nama Malaysia di APM 2008 ialah Faizal Tahir, Estranged, Farah Asyikin, Anuar Zain, Meet Uncle Hussain, dan Datuk Siti Nurhaliza. APM 2008 ditonton lebih 160 juta penduduk seluruh Asia Tenggara merentasi empat buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei. Artis Malaysia membolot sepuluh anugerah menerusi kemenangan dua trofi oleh Faizal Tahir dan Estranged dan satu trofi untuk buat Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Farah Asyikin dan Meet Uncle Hussain. Kumpulan Search pula diiktiraf untuk Anugerah Khas Planet Muzik manakala KRU untuk Anugerah Cipta Planet Muzik. Diva Siti Nurhaliza yang mempertahankan kekebalannya untuk Artis Wanita Paling Popular untuk lapan tahun berturut-turut. Krisdayanti dari Indonesia menerima Anugerah Artis Wanita Terbaik. Dia berjaya merampas anugerah tersebut dari Siti Nurhaliza yang menang pada tahun lepas. Senarai penuh pemenang: Anugerah Cipta Planet Muzik Anugerah Khas Planet Muzik Artis Wanita Baru Terbaik Artis Lelaki Baru Terbaik Duo / Kumpulan Baru Terbaik Lagu Paling Popular Duo / Kumpulan Paling Popular Artis Lelaki Paling Popular Artis Wanita Paling Popular Artis Lelaki Terbaik Duo /Kumpulan Terbaik Lagu Terbaik Artis Wanita Terbaik Album Terbaik Artis Singapura Paling Popular Lagu Singapura Paling Popular Artis Terbaik Singapura Album Terbaik Singapura |
| ArtisMelayu.net | Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |