www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Arrora Salwa nafi dia janda

Penyanyi Arrora Salwa menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya pernah berkahwin dan kini berstatus janda. Arrora Salwa juga menafikan yang lagu popularnya yang berjudul Ahmad mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan masa lalunya.

"Saya tidak pernah berkahwin terutamanya dengan VIP seperti yang khabarkan, saya tidak tahu bagaimana berita itu tersebar. Lagu tersebut yang dikatakan mempunyai kena mengena dengan lelaki dalam hidup saya juga sebenarnya hanyalah sekadar nyanyian sahaja," kata Arrora Salwa kepada wartawan media.

Arrora Salwa menjelaskan dakwaan dan khabar angin mengatakan dirinya merahsiakan status sebagai seorang janda. Gosip tersebut turut mengatakan bahawa dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang VIP ketika bekerja sebagai anggota polis.

"Sebenarnya saya tidak mahu beri sebarang respons tentang gosip itu, biarlah orang mahu cakap apa sahaja sebab saya bukan jenis yang suka melenting dan besarkan cerita," ujar Arrora Salwa.

Masa akan menentukan. Kadang-kadang artis baru menyorokkan segala kisah silam namun suatu hari nanti akan terbongkar juga. Tapi kalau Arrora Salwa bercakap benar, baguslah.

Sep 2011

Arrora SalwaArrora Salwa