|
Pelakon yang terkenal dengan watak orang alim, Ashraf Muslim, 30 dan Noor Dayana Lokman, 24 hanya berkenalan singkat di rumah bapa mertuanya sekarang. Pada 1 Syawal lepas mereka bernikah Tanah Suci, Mekah. Majlis resepsi perkahwinan diadakan pada 17 September di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Majlis yang diadakan secara sederhana itu namun meriah.
Walaupun bernikah di Makkah, namun persandingan di Malaysia bertemakan Inggeris moden dan pengantin sampai diiringi muzik dan tiupan bagpipes. Dayana menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak Ashraf yang berupa senaskah al-Quran, telekung, beg tangan Salvatore Ferragamo, iPhone 4, jam tangan berjenama Esprit, kek dan juga sirih junjung. Manakala Ashraf menerima 11 dulang hantaran antaranya senaskah al-Quran, jam tangan berjenama Gucci, set wangian Boss, cermin mata Prada dan juga kasut berjenama Bally.
 | Alhamdullillah, apa yang saya doakan di depan Kaabah ketika saya mengerjakan umrah sebelum ini telah dikabulkan. Sememangnya saya sangat bersyukur dikurniakan isteri yang solehah dan banyak membantu saya dalam kehidupan seharian. Apa yang lebih penting, tanggungjawab sebagai suami akan saya pikul sebaiknya dan saya akan pastikan Dayana dijaga dengan baik. |
Mereka merancang untuk berbulan madu di New Zealand. Namun Ashraf akan menunggu Dayana menghabiskan semester terakhirnya terlebih dahulu.
Ashraf kata dia akan terus berlakon selepas kahwin. Namun penglibatannya mengendalikan Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah bersama bapa mertuanya, Haji Lokman mungkin membataskan masanya untuk berlakon. Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Ashraf akan merawat pesakit di negeri-negeri lain.
Sep 2011
|

|