www.artismelayu.net | muka depan | forum artis | ||||
|
Azwan Ali nak bakar adik sendiri
Jan - Siapa tak kenal artis laser mulut celupar Azwan Ali, 46. Azwan Ali bikin kontroversi lagi apabila dia seolah-olah mengajak peminatnya di laman twitter untuk bunuh, kerat, dan bakar adik dia sendiri, Ummi Hafilda Ali.
Ummi Hafilda report polis Ummi Hafilda anggap ia sebagai satu ugutan serius lalu membuat laporan polis. Bagi Ummi Hafilda yang selalu memfitnah Anwar Ibrahim sejak dulu hingga kini, 'ugutan' itu sudah keterlaluan dan ia menggugat keselamatan diri. Ummi kata dia sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencacinya hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Kata Ummi lagi sebelum ini dia masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau. Ummi Hafilda membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada hari Jumaat 13/1/12 di atas dakwaan Azwan Ali ingin membunuh dan membakarnya. Kes tersebut dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara. Susulan laporan polis Ummi Hafilda, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap adiknya. Berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, YB Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan. Pihak polis juga difahamkan telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin Ali sendiri, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan. Azwan Ali dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan. Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan. Laporan polis ditarik balik Ummi Hafilda akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Azwan Ali selepas abangnya itu memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin. “Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,” katanya. Azwan Ali mohon maaf secara terbuka Setelah dipanggil polis, Azwan Ali mungkin telah bertaubat. Satu sidang akhbar bersama telah diadakan oleh Ummi Hafilda dan Azwan Ali. Akhirnya setelah hampir tujuh tahun bersengketa, dua beradik Ummi Hafilda Ali dan abangnya, Azwan Ali berdamai dan berjanji menerusi akuan bersumpah untuk tidak lagi melakukan perbuatan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi antara satu sama lain.
Azwan Ali turut membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyinggung perasaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga menerusi komen negatif di laman sosial Twitter. Azwan Ali turut memohon maaf kepada pengikut Twitternya dan meminta mereka turut menghentikan segala kenyataan yang berunsur menghina, mengaibkan atau melakukan serangan peribadi terhadap mana-mana pihak. "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa mulai dari saat ini, 18 Januari 2012, saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan-serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi Hafilda dengan segala perkataan kesat dan keji yang tidak sepatutnya dan sewajarnya keluar dari mulut seorang abang." "Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan. Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,” kata Azwan Ali. | |||
Januari 2012 |