www.artismelayu.net | muka depan | forum artis

Azza Elite dituduh jahil agama

7 April - Azza Elite (Nor Azzarima Zawari, 34) dituduh jahil agama kerana tidak tutup aurat semasa berada dalam masjid semasa majlis akad nikahnya.

"Azza faham ia menyentuh sensiviti masyarakat, jadi Azza ingin meminta maaf secara terbuka jika selendang yang Azza pakai itu menjadi isu. Azza akui sangat sedih dan tidak tahu mahu berkata apa."

"Tapi tidak mengapa kerana dalam dunia ini tidak semua orang suka kita. Saya terima dengan sabar. Biarlah mereka mahu berkata, kerana apa yang penting kejadian ini akan membuatkan Azza lebih berhati-hati pada masa akan datang."

Macam tulah artis. Mereka lebih peka pada fesyen untuk melawa tapi tak faham lansung tentang syariat agama.

Elite
Foto KOSMO!
Azza dengan rakan-rakan bekas anggota Elite yang asal iaitu (dari kiri) Abby, Watie dan Sasha. Linda Raffar tak hadir. Foto masa mereka masih dalam masjid. Abby dan Sasha tutup aurat mengikut syariat. Watie pakai selendang ala kadar. Azza pakai macam perempuan Kristian dalam gereja.

Perkahwinan kedua

Azza selamat bernikah kali kedua pada Ahad 1 April 2012 dengan pramugara Azlan Zulaily, 25 tahun. Majlis akad nikah diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang. Azlan perlukan tiga kali lafaz untuk akad nikahnya.

Azlan dan Azza Elite
Azlan dan Azza

Azza Elite nikah pramugara

Cinta sekilas pandang

April 2012