news artismelayu.net

Bok Lokman akan ditahan
jika masuk Selangor
HOME
Forum Artis

1 Nov Bob Lokman (Muhammad Hakim Lokman, 47), iaitu pengacara, penulis lirik dan pelakon yang kemudian masuk dakwah dan menjadi penceramah politik akan ditahan sekiranya dia berada di Selangor. Demikian kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin. Waran tangkap untuk menahan Bob Lokman sudah dikeluarkan Jumaat lalu selepas dia gagal hadir memberi keterangan di pejabat JAIS baru-baru ini.

JAIS ketika ini sedang berusaha untuk mengesan lokasi sebenar Bob Lokman dan hanya menunggu masa untuk menahannya. "Kita masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya beliau berada di Selangor, kita akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah," kata Pengarah JAIS.


Bob Lokman
Bob Lokman

Nov 2011. Foto KOSMO!