artismelayu.net Bollywood page  |  Home

Shilpa Shetty


Dicium pelakon Hollywood di pentas
Satu tindakan kurang sopan pelakon Hollywood, Richard Gere terhadap Shilpa Shetty di atas pentas di hadapan khalayak ramai semasa program kempen kesedaran AIDS/HIV. Waran tangkap dikenakan ke atas Richard Gere di atas perlakuannya itu. Bintang Hollywood memang tak senonoh. Aksi Richard Gere, 57 yang memeluk Shilpa Shetty dan mencium pipinya bertalu-talu dirakamkan oleh media tempatan. Mengikut undang-undang India, tindakan Rihard Gere itu boleh menyebabkan dia dipenjarakan selama tiga bulan. Richard Gere ialah pelancong regular ke India. Richard Gere pernah muncul dalam iklan kad kredit yang berlatar belakangkan lokasi di India. Ingat iklan budak perempuan India yang tidak cukup wang untuk beli burung merpati? Antara filem terkenal lakonan Richard Gere sebagai hero ialah 'Chicago','Pretty Woman' dan 'An Officer and a Gentleman'.

Menang program realiti di Britain
Shilpa Shetty menjadi terkenal di peringkat antarabangsa apabila dia muncul pemenang dalam satu program realiti British 'Celebrity Big Brother'. Program itu pun sangat kontroversi kerana Shilpa Shetty jadi mangsa cemuhan dan kutukan perkauman dari salah seorang peserta program tersebut bernama Jade Goody yang tidak 'good' langsung. Cemuhan perkauman itu menyebabkan Shilpa Shetty menangis teresak-esak secara 'live' dalam program tersebut. Isu perkauman dan protes awam terpampang di muka depan akhbar-akhbar British. Demonstrasi orang awam tercetus di India. Gambar di sebelah ialah reaksi Shilpa bila dia diisytiharkan juara program tersebut. Kira happy ending le tu. Dalam siri tersebut, Jade Goody dan rakan-rakannya membuli Shilpa Shetty. Dia digelarkan 'Shilpa Popadum'. Orang India dituduh kurus-kurus belaka sebab 'makan makanan separuh masak'. Tindakan mereka menerima 40,000 aduan dari orang ramai. Gambar dan patung Jade Goody dibakar oleh orang awam di India. Kejadian tersebut menjadi kes polis dan tindakan mungkin dikenakan ke atas penerbit siri realiti tersebut dan syarikat tv berkenaan. Turut memberi komen ialah Perdana Menteri Britain pada masa itu, Tony Blair. Jade Goody disingkirkan dari program tersebut. Shilpa Shetty menerima 63% undian.

Aishwaryarai
Preity Zinta
Kareena Kapoor
Bipasha Basu
Isha Koppikar
Kajol
Priyanka Chopra
Rani Mukharjee
Shilpa Shetty
Salman Khan
Sanjay Dutt
Shah Rukh Khan
artisMelayu.net Bollywood Page  |  Home