mStar.com melaporkan yang pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Beberapa kali? Maknanya lebih dari sekali. Diana Amir mula memakai tudung Isnin lepas.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
 | Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini. |
Cerita Diana Amir lagi, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama. Namun kawan Diana Amir itu lebih awal bertudung.
 | Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. |
Jumpa Irma Hasmie dan Wardina
Kata Diana Amir selepas berniat untuk memakai tudung, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan. Diana Amir kata dia tahu yang dia masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama. Oleh sebab itulah dia ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. Irma Hasmie pula membawa dia berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan.
Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.
Masih ingin berlakon
Diana Amir berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang. Selepas membuat keputusan bertudung, Diana Amir terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjayanya. Kata Diana Amir, David Teo tidak menjanjikan apa-apa. Namun Diana Amir kata dia yakin yang rezeki adalah ketentuan Allah.
Walau apapun, syabas diucapkan kepada Diana Amir. Harap-harap janganlah hangat-hangat tahi ayam saja nanti.
24 Sep 2011. Foto mStar.com.my
|