Sebelum ini pelakon berpakaian sendat, Diana Amir pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Raja Lawak. Selepas itu Zizan Raja Lawak kelihatan intim dengan pelakon lawa Juliana Evans. Maka tersebar gosip yang mengatakan yang pelakon Aku Masih Dara, Diana Amir berkecil hati dengan hubungan mesra pasangan pelawak Zizan Raja Lawak dan pelakon jelita Juliana Evans.
Namun Diana Amir menafikan gosip tersebut. Bukan saja tidak berkecil hati, malah Diana Amir dakwa yang dia turut gembira dengan perkembangan hubungan pasangan selebriti tersebut.
 | Mana ada saya cemburu atau berkecil hati dengan mereka, bagi saya mereka berdua masih single dan tiada halangan jika mereka mahu bercinta sekalipun. Saya dan Zizan dahulu hanya berkawan rapat sahaja tiada hubungan istimewa antara kami, cuma ramai yang salah anggap tentang hubungan kami sahaja. |
Diana juga menganggap kenyataan-kenyataan daripada Zizan kepada media adalah hak peribadinya. Bagaimanapun, dia memberitahu perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan persahabatannya dengan artis itu.
Diana turut turut menafikan yang hubungan percintaannya dengan Zizan Raja Lawak mendapat tentangan daripada keluarga Zizan. Kata Diana Amir isu itu kena tanya sendiri dengan Zizan sebab dia tidak tahu menahu. Diana Amir hanya berharap pada tahun ini dia dapat memulakan sesuatu yang baru untuk hidupnya. Apa yang pasti kata Diana Amir, dia akan lebih berhati-hati untuk bercinta atau bercerita tentang soal peribadi kerana takut disalah anggap.
Januari 2011. Foto mStar.com
|