|
 | Banyak kali saya mimpi pasal hari kiamat. Sampai saya rasa macam nak mati. Mungkin itu petunjuk dari Allah S.W.T yang memberi jalan dan membuka pintu untuk saya segera berubah. |
Kata Diana Amir, dia pernah pakai tudung masa belajar di universiti dulu. Tapi macam biskut chipsmore jugak. Sekejap pakai, sekejap tidak. Lepas tu bila dah jadi pelakon, dia dah tak pakai tudung langsung dah. Alasannya ialah sebab dia nak cari kebahagiaan duniawi. Dia nak cuba mana-mana watak yang dia suka dan sebagainya.
Kata Diana Amir lagi, selain mimpi tentang kiamat, hatinya terbuka untuk berubah selepas tertarik dengan cerita sahabatnya, Adeep Fabulous Cats yang difahamkan telah berhijrah terlebih dahulu sebelum Diana. Adeep ada banyak bercakap pasal hal-hal kerohanian dan dari situlah Diana Amir tertarik untuk turut sama melakukan kebaikan.
 | Lagipun saya rasa diri ini banyak dosa. Apa pun dosa yang saya buat, sudah pastilah ayah dan ibu saya yang menanggungnya. Tak tergamak rasanya nak bebankan ayah dengan dosa saya sedangkan ayah bagi saya adalah seorang yang baik. |
Kata Diana Amir, hijrah yang dilakukannya ini juga tidak dilakukan atas desakan siapa-siapa. Keluarga juga tidak mendesak. Sebaliknya, itu memang pilihan dia sendiri secara peribadi.
 | Saya tak mahu hadir dalam keadaan yang tak bersedia ketika menghadapi hari perhitungan apatah lagi dengan calitan dosa.. Saya nak kenal agama saya, agama Islam yang saya pegang selama ini dengan lebih mendalam. |
Diana Amir tidak mahu masyarakat menaruh harapan yang keterlaluan terhadap dirinya apabila menyentuh mengenai soal hijrah ini. Bagi Diana Amir, setiap perubahan yang dilakukan mempunyai proses yang bukannya singkat, tetapi berpanjangan.
Kata Diana Amir lagi ia juga bukan menyentuh mengenai isu hijab semata-mata, tetapi ia melibatkan cara bagaimana dia mencorak amalan hariannya demi mencapai keredhaan Allah S.W.T. Pendek kata, dia sedang belajar dan ia adalah proses. Dia mengaku sedang berusaha membetulkan solatnya, bukan sekadar untuk mencukupkan waktu, tapi dari segi bacaan dan kusyuknya dalam solat.
Diana Amir bersyukur kerana perubahannya itu mendapat banyak sokongan daripada orang di sekelilingnya terutama keluarga dan teman-teman.
 | Orang pertama yang saya maklumkan mengenai hijrah saya ini ialah David. Sangka saya pada mulanya, dia akan membangkang. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia kata tak apa, saya sudah matang jadi boleh berfikir dengan baik. Daripada situ saya fikir, tak semestinya kalau bertudung, seseorang pelakon itu dah tak diberikan tawaran lagi. |
Sep 2011
|
Diana Amir
Diana Amir bertudung lepas mimpi kiamat
Diana Amir tak cemburu hubungan Zizan - Juliana Evans
|