www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Didie Alias bengang dia dituduh
memfitnah Julia Ziegler

Dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu, Julia Ziegler membuat dakwaan dengan mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang jurukamera ketika penggambaran drama Noktah Erna.

Kata Didie Alias, dia langsung tidak tahu bagaimana cerita itu boleh wujud. Malah dia amat terkejut apabila Julia Ziegler buat kenyataan menuduh kononnya dialah yang telah menyebarkan kisah berkenaan kepada pihak-pihak tertentu.

Kata Didie Alias lagi, dia tidak tahu langsung tentang cerita itu. Sebaliknya kata Didie Alias, Julia Ziegler yang membuka pekong sendiri tapi kenapa pulak dia perlu mengaitkan namanya dalam kes tersebut?

Penggambaran drama yang dimaksudkan itu sudah dua tahun berlalu dan ketika itu saya menjadi pengurus produksi. Memang saya yang menjaganya tapi saya tidak tahu apa yang dia buat di belakang saya kerana itu bukan urusan saya.

Didie Alias kesal kerana penerbit rancangan tersebut tidak menyunting kenyataan Julia Ziegler termasuklah melepaskan pelakon itu menyebut namanya secara terbuka tanpa mendapat kesahihan cerita tersebut.

Tegas Didie Alias, dia perlu bersihkan namanya dari dituduh membuat fitnah. Penerbit program tersebut sepatutnya tidak menyiarkan muka dia sebelum mendapat kenyataan daripada dia. Nanti orang ramai akan ingat yang memang dia yang membuat fitnah terhadap Julia Ziegler. Bagi Didie Alias, peristiwa tersebut benar-benar menjatuhkan maruah dan kredibiliti dia kerana apa yang disebutkan oleh Julia Ziegler itu adalah tidak benar.

Tapi yang peliknya, orang tak tahu cerita yang dah berlaku dua tahun dulu itu. Selepas Julia Ziegler sendiri yang menceritakannya, barulah orang tahu. Sekarang ini kita tidak tahu sama ada kejadian Julia Ziegler tidur dengan jurukamera itu betul atau tidak. Atau sama ada Didie Alias buat fitnah atau tidak.

28 Sep 2011

Didie AliasDidie Alias

Julia ZieglerJulia Ziegler