www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Erma Fatima nak jumpa bekas mufti

Drama 'Tahajjud Cinta' arahan Erma Fatima dikritik kerana dianggap banyak mempersendakan agama Islam. Ini mendorong Erma Fatima untuk meminta pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Kata Erma berkata, individu yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional. Dalam erti kata lain, individu lain yang kurang ilmu agama akan memberikan komen yang tak rasional.

“Saya mahu dia memberi komen tentang drama itu kerana saya pernah membaca sudut pandangannya tentang beberapa buah filem Islamik di Indonesia. Saya percaya dia dapat melihat sudut pandang yang rasional dan bukannya berlandaskan emosi memandangkan dia mempunyai pengetahuan agama yang tinggi,” kata Erma Fatima.

“Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya. Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai,” kata Erma Fatima.

sejak drama itu mendapat kritikan, Erma Fatima belum memberikan sebarang komen. Sebaliknya dia memohon penonton menantikan episod akhir yang dijangka disiarkan dalam masa sebulan lagi.

“Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan. Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh,” ulas Erma Fatima.

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta dibarisi pelakon Fouziah Gous, Nur Fazura, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Neelofa. Temanya berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka. Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut. Drama berkenaan disiarkan di TV3 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Sep 2011

Erma FatimaErma Fatima

Tahajjud CintaTahajjud Cinta

Mohd Asri MuftiMohd Asri