www.artismelayu.net    Forum Artis

Erra Fazira
Erra Fazira

Nama asal: Fazira Wan Chek.
Lahir pada 9 Februari 1974 di Rawang, Selangor.
Bekas Ratu Cantik Malaysia.

Antara filem: 'Sembilu', 'Maria Mariana', 'Sembilu 2', 'Maria Mariana 2', 'Gemilang', 'Tragedi Oktober', 'Pasrah', 'Soal Hati', Gerak Khas the Movie', 'Putih' (suara heroin).

Erra Fazira lebih dikenali sebagai pelakon dari penyanyi. Bekas kekasih Awie Wings. Malah dulu pernah digosipkan yang dia pernah duduk serumah dengan Awie Wings. Tapi kemudian Erra ditinggalkan oleh Awie yang mengahwini penyanyi Arni Nazira. Selepas itu Erra berkahwin dengan Yusry KRU. Malangnya mereka bercerai dan tidak mempunyai anak.

Erra ialah Pelakon Filem Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 15 (2001) melalui filem 'Soal Hati' (bukan filem Yusof Haslam). Antara gosip lain suatu ketika dulu ialah Erra dan pelakon Lydiawati berebutkan seorang jejaka berpangkat tengku. Gosip lain ialah kononnya tersebar video rakaman aksi lucah antara Erra dengan Awie di sebuah hotel di Sarawak. Nmun ini semua hanya gosip liar.

Erra pernah masuk Puteri UMNO dan berita tersebut terpampang di dada-dada akhbar. Namun Erra meninggalkan Puteri UMNO tidak lama kemudian. Mungkin dia tidak ada masa.

Erra telah menjadi model catwalk sejak tahun 1989 semasa berumur 17 tahun. Pada tahun 1992 Erra menang pertandingan ratu cantik Miss Malaysia dan mewakili Malaysia ke Miss World. Erra berjaya menduduki tempat ketiga. Dalam tahun yang sama Erra menjadi artis solo PolyGram Records. Erra mula berlakon pada tahun 1993 dan terus menjadi pelakon filem popular pada tahun berikutnya. Pada tahun 1996, Erra mewakili Malaysia ke 'Voice of Asia' di Kazakhstan. Erra menjadi wakil artis Malaysia ke perasmian 'Planet Hollywood' di Singapura pada tahun yang sama. Pada tahun 1997, Erra menjadi 'Artis Tercantik' bagi majalah Jelita. Pada tahun 1998, Erra menubuhkan 'Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd.

  • 1999 : Konsert "live" di PWTC
  • 1999 : Anugerah Pelakon TV Popular
  • 1999 : Pencalonan Akhir untuk Muzik-Muzik 1999
  • 2000 : Pencalonan bagi Kulit Album 1999 untuk AIM 2000
  • 2000 : Artis Popular dan Sensasi untuk Cit-Cat Awzan 2000
  • 2000 : Artis paling sensasi (Media)