www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Faezah Elai Kahwin

Pelakon Faezah Elai, 29 sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, selepas majlis akad nikah yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang. Mereka berkahwin pada hari Jumaat, 9 September. Mereka dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Faezah Elai menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita, manakala Heykal mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin dan kemera.

Faezah anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, sementara pelamin ditaja oleh Putree Bridel. Dua buah majlis telah berlangsung sebelum acara pernikahan berkenaan iaitu, malam berinai dan majlis khatam Al-Quran

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang. Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu.

Mahu Kontroversi Tutup Selepas Nikah

Faezah Elai ada berkata kepada wartawan beberapa hari sebelum perkahwinannya yang dia mahu perkahwinan itu menjadi penutup kepada penghinaan orang terhadap dia dan Heykal.

Saya berharap selepas pernikahan saya pada 9 September ini, ia dapat menutup semua cakap-cakap dan hinaan orang terhadap saya dan Heykal. Saya hanya mahu menjadi seorang isteri yang mithali dan menjalani kehidupan bahagia seperti orang lain. Sekarang perasaan bercampur baur, bimbang, takut dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang. Saya harap majlis tersebut akan berjalan lancar seperti diatur.

9 Sep 2011

Faezah ElaiFaezah Elai

Heykal HanifahHeikal Hanifah

Foto Perkahwinan di sini