|
26 Okt Filem kontroversi Nasi Lemak 2.0 berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta sejak ditayangkan di pawagam pada 8 September lalu. Pengarah dan pelakon filem tersebut ialah individu kontroversi yang pernah mencemuh Malaysia iaitu Namawee. Kata Namawee dia memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia. Namawee sedar memang ada macam-macam kritikan negatif daripada pelbagai pihak terhadap filem tersebut dan lebih-lebih lagi dirinya sendiri.
Filem Nasi Lemak 2.0 diterbitkan oleh Fred Chong dengan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media. Filem itu telah ditayangkan di 71 buah pawagam di seluruh negara dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut. Nasi Lemak 2.0 juga telah menjadi filem tempatan berbahasa Cina dengan rekod kutipan wayang tertinggi dan menduduki tempat kelapan secara keseluruhan sebagai filem dengan kutipan pawagam tempatan tertinggi dalam sejarah.
Nasi Lemak 2.0 telah dipilih sebagai filem tayangan rasmi untuk pesta filem termasyhur, Taipei Golden Horse Film Festival 2011. Filem itu akan ditayangkan di Singapura dan Taiwan pada Disember depan.
|