www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Beraya dengan bekas suami demi anak

Fiza Elite kata dia sanggup meraikan pagi 1 Syawal bersama bekas suaminya Ahmed Farriq Zainul Abidin, 31, demi dua anak mereka Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2. Jangan tersasul buat benda-benda yang bukan-bukan sudahlah, Fiza. Awak tu dah bukan muhrim lagi dah. Bukan suami isteri lagi.

Kata Fiza, walaupun dia mengakui keputusan itu adalah berat dan meluluhkan hatinya tetapi ia terpaksa dilakukan demi dua puteri mereka.

"Kalau diikutkan, keputusan untuk berhari raya bersama bekas suami adalah sesuatu yang menyakitkan. Namun, demi kebahagiaan anak-anak saya tabahkan hati dan kuatkan semangat juga. Kami terpaksa meraikan Hari Raya bersama kerana anak-anak tidak memahami ibu bapa mereka sudah tidak bersama lagi. Kami terpaksa beraya dan bersikap seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam perkahwinan kami.

Kata Fiza, dia akan membawa anak-anaknya pulang ke kampungnya di Pulau Pinang selepas 1 Syawal lalu bersama bekas suaminya.

Sep 2011

Fiza EliteFiza Elite