artismelayu.net / Gegar Vaganza 12

Elaine Kang Gegar Vaganza 12


Penyanyi Cina paling terkenal dalam sejarah industri lagu Melayu.


Semasa berumur 50 tahun (10 tahun dahulu).


Album tahun 1988 dalam format kaset.
  • Satu-satunya peserta Cina dalam Gegar Vaganza 12.

  • Berumur 60 tahun semasa menyertai Gegar Vaganza. Lahir pada 7 Ogos 1965 di Pulau Pinang.

  • Terkenal dalam era80an dengan genre muzik Pop/Balada dan membawa lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris.

  • Antara penyanyi bukan Melayu paling berjaya dalam industri lagu Melayu Malaysia.

  • Album sulung (dalam bahasa Cina) ialah pada 1984. Album pertama bahasa Melayu ialah Di Luar Kerelaan (1988) dengan lagu hits 'Maafkan Diriku', Di Luar Kerelaan', dan 'Jangan Engkau Cari.'

  • Elaine Kang pernah ada 8 album dalam Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Album pertama (Mandari) pada 1984. Album terakhir (The Oriental Girl) pada 1991. Elaine Kang ada dua album bahasa Melayu dan kedua-duanya diterbitkan dalam tahun 1988.

  • Elaine Kang pernah berlakon dalam satu filem iaitu Red Haired Tumbler Di Malaya (1994) memegang watak Lily. Inilah filem pertama dan terakhir Elaine Kang.

  • Pada tahun 80an, Elaine Kang pernah menjadi hos lebih 50 rancangan TV. Elaine Kang makin terkenal melalui siri 'Kisah Benar' TV3 dan siri dalam Kantonis 'Hitz Game Show' RTM2. Lagu patriotik 'Sejahtera Malaysia' nyanyian Elaine Kang berkumandang sebelum siaran tamat pada setiap malam di RTM1.

  • Elaine Kang dianugerahi pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 2013 yang membawa pangkat Dato'.

  • Prestasi di Gegar Vaganza 12

  • Sebelum ini Elaine Kang buat album mengikut kesesuaian suara dan lenggok lagu yang dia selesa dalam bahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu. Namun di Gegar Vaganza, ELaine Kang terpaksa membawa lagu-lagu yang diberikan (tugasan) tanpa ada pilihan. Oleh itu agak ketara yang Elaine Kang ada masalah sebutan Melayu pada lagu-lagu yang dia terpaksa bawa.

  • Elaine Kang membuat pendedahan yang dia sudah mengidap sakit jantung sejak dua tahun lepas di samping mengalami masalah telinga berdesing (tinnitus) yang menyebabkan dia terpaksa mengambil ubat setiap hari.

  • Kesemua ini menyebabkan dia mula sedar yang dia ada masalah dan pernah berhasrat untuk menarik diri. Namun pada minggu keempat dia mendapat markah terendah (bersama-sama Shy8) dan ditarik keluar sebelum dia menarik diri.

  • Akhirnya ELaine Kang masuk dalam senarai barisan artis Gegar Vaganza yang terawal keluar (atau tersingkir).