Kumpulan Freshies yang asal ada empat orang namun yang menyertai Gegar Vaganza 12 ialah Shima dan Ejie sahaja tanpa Melor dan Ina.
Ina tak dapat izin suami selain dari hadapi masalah tulang belakang. Melor berada di Australia dan mempunyai komitment mengajar al-Qur'an di Madrasah Al-Jaster, Brisbane.
Muncul dalam tahun 1992 dan bertahan selama lebih empat tahun sebelum dibubarkan dengan penuh kerelaan semua anggota dalam tahun 1996.
Freshies pada era mereka (1992-1996):
- Ina (Mazlena Haji Morat)
- Ejie (Shaziena Wahid)
- Melor (Nelor Ulong Idris)
- Shima (Noor Hasimah Abu Hassan)
Kumpulan Freshies pernah wujud sezaman dengan kumpulan all-girls seperti Feminin, Elite, M'steen, AVA dan Res'2.
Namun Freshies muncul sebagai kumpulan all-girls nombor satu kerana semua anggota mereka boleh menyanyi, hanya mereka mampu nyanyi secara live di pentas tanpa miming, dan tidak terpalit dengan apa-apa kontroversi.
Kumpulan Freshies pernah menjadi penyanyi latar untuk kumpulan rock Wings dan penyanyi latar M. Nasir di final Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 tahun 1994 untuk lagu 'Tanya Sama Itu Hud-Hud' yang menjadi juara.
Mereka ada dua album iaitu Freshies (1994) dan Dua (1992) selain dari dua album kompilasi (kompilasi raya dan kompilasi Sony/BMG).
Mereka ada tiga singles iaitu 'Sakitnya Rindu', 'Cinta', dan 'Ku Tunggu Ku Rindu'.
Ejie keluar awal dalam tahun 1995 sebab kahwin. Freshies kekal bertiga hingga bubar pada penghujung tahun 1996. Melor keluar negara, shima jadi pramugari dan Ina berniaga.
Ina berkahwin dengan Shah (gutar utama kumpulan Slam dan bekas anggota Exist), menjadi suri rumah sepenuh masa dan berniaga separuh masa.
Melor ialah adik Eddie Wings. Menjadi penyanyi solo di kelab-kelab terkemuka di Kuala Lumpur sehingga berkahwin pada 2001.
Ejie dan Shima adalah sepupu. Shima terbit album mini IMAYA Dusta di bawah label Z&S Production, bekerja di Singapura dan tinggal di Johor Bahru dengan suami.