 |
|
Indonesia ada Chrisye, Malaysia ada Krisya (Krisya Norsabrina Roslan, lahir 26 Julai 1982 di Petaling Jaya).
Pernah ada tiga album iaitu Gemersik (1996), Syair Cinta (1998) dan Krisya Limited Edition (2000). Album terakhir tu muncul 25 tahun yang lalu.
Penyanyi OST (original sound track) filem animasi Keluang Man (1998), filem Mimpi Moon (2000), penyanyi lagi tema pasukan Thomas Cup Malaysia 2002 (Julangkanlah)
Tiada impak dalam dunia hiburan Malaysia. Melenyap perlahan-lahan dan kemudian mengikut suami tinggal di Bosnia (2018) selama tujuh tahun sebelum balik semula ke Malaysia untuk membawa lagu 'Keluang Man' bersama Sekumpulan Orang Gila dalam program Astro tahun 2024.
Suami Krisya bernama Semko (Semir Huseinovic) seorang politikus Bosnia. Sudah ada empat orang anak. Krisya berhijrah (bertudung) semasa berada di Bosnia.
Mungkin lagu Krisya yang paling sedap ialah single lagu raya 'Suatu Hari di Hari Raya' (2005), cover lagu M. Nasir.
|