
Dari kiri: Sasha, Pungky, Diana

Dari kiri: pemuzik, pakar bedah, usahawanita
|
|
Kumpulan Mendua dari Indonesia dipercayai tertubuh pada sekitar tahun 2006.
Pungky pernah menjadi anggota 5 Romeo sebelum menyertai Mendua pada tahun tersebut.
Mendua bukan bermakna dua orang. Mendua dalam konteks bahasa Indonesia ialah penggandaan, iaitu persembahan harmoni vokal mereka yang berlipat kali prestasinya.
Mula dikenali di Malaysia selepas mereka menjadi naib juara Gang Starz TV3 (2007)
Kumpulan Mendua terdiri dari:
- Pungky (Hendra Purnanto) yang membawa vokal nada sederhana
- Sasha (Marisha Friska Halauwet) yang membawa vokal nada tinggi
- Diana (Diana Puspitasari) yang membawa vokal nada rendah
Lagu hits mereka 'Hampir Ke Situ' menjadi OST filem Duyung.
Kata Pungky mereka sebenarnya telah berpisah dan tidak bertemu satu sama lain sejak 18 tahun yang lepas. Ini bermakna mereka berpisah selepas menyertai beberapa program di Malaysia termasuk Mentor.
Semasa mereka berpisah, Sasha menjadi pakar bedah, Diana menjadi usahawan manakala Pungky kekal dalam industri muzik.
Gangstar 12 boleh dianggap sebagai majlis 'reunion' trio sahabat ini setelah sekian lama berpisah.
|