|
Hafiz AF7, Adira AF8 putus cinta
6 Jan - Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, akhirnya membuka mulut menjelaskan hubungan cintanya dengan Adira (AF8) sudah berakhir. Hafiz berkata, hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum ini yang turut mengganggu kerjaya masing-masing.
Kata Hafiz, walaupun tidak lagi berhubungan, mereka berdua masih lagi berkawan. Keputusan putus kasih dibuat kerana mereka berdua ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru beberapa tahun mereka bina.
"Disebabkan banyak kontroversi yang melanda kami selama ini, keadaan tersebut telah memberi kesan kepada perhubungan yang kami bina. Ia tiada kaitan dengan orang ketiga. Emak saya pernah berkata, sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Dan itulah yang saya lakukan, di mana saya mahu kerjaya saya sebagai penyanyi stabil terlebih dahulu," kata Hafiz.
Hafiz berharap agar tiada lagi kontroversi yang membabitkan dirinya dengan Adira pada masa akan datang.
Cinta lesbian Adira jadi punca?
Pada pertengahan tahun lalu, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Zack yang bekerja sebagai pengurus pentas dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan ketika rakaman sebuah program hiburan. Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.
Ada wartawan hiburan yang membuat cerita yang Zack ialah pengkid dan Adira adalah pasangan lesbiannya. Adira dikatakan kerap mengikut Zack semasa Zack menjalankan tugasnya sebagai pengurus pentas.
Adakah ini punca hubungan kasih Hafiz dan Adira retak?
Adira menafikan yang dia ialah pasangan lesbian malah kata Adira dia ialah seorang perempuan tulen dan tastenya adalah kepada lelaki.
..
|