|
Hattan Sah Bercerai
14 Dec 2011 - Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman sah bercerai talak satu hanya selepas dua bulan berkahwin.
Sebelum ini Hattan menempelak media dengan pedasnya kerana dituduh mengucar-kacirkan keharmonian rumah tangga yang baru dibina dengan menyebarkan 'fitnah' yang dia bercerai.
Tapi kenyataannya ialah Hattan memang sah bercerai. Kini Hattan kembali menduda dan Farah kembali menjanda. Perkahwinan yang dibina melalui pertemuan di Doha tidak kekal lama.
Bercerai cara baik Hattan menjadi artis pertama tahun ini yang bercerai. Mereka bercerai pada 12 Januari selepas genap dua bulan berkahwin di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli di Mahkamah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kata Hattan penceraian tersebut adalah persetujuan mereka bersama selepas berbincang secara matang. Dia juga mengaku menunaikan solat Ishtikarah sebanyak tiga kali sebelum menjatuhkan talak terhadap Farah.
Isu tempelak wartawan Kata Hattan, itu soal jodoh. Memang benar mereka sudah bercerai. Hal ini Hattan akui kerana ia benar-benar terjadi. Hal yang dahulu (gosip) memang buat Hattan marah sebab perkara itu (cerai) belum terjadi lagi. Menuduh kami bercerai talak tiga pula itu. Itu adalah satu fitnah besar, sebab itu Hattan marah. Namun kali ini perceraian yang betul dan Hattan dan isteri sebulat suara mengambil keputusan untuk berpisah. Mereka juga tidak mahu mengatakan perkahwinan mereka itu adalah satu kesilapan kerana sebagai orang dewasa dan matang, mereka sedar dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang mereka lakukan.
Cuba untuk kekal namun gagal Sebelum ini Hattan ada kata yang dia akan berusaha untuk menjalani kehidupan berumah tangga buat kali kedua dengan sebaik mungkin. Malah Hattan pernah berkata yang dia tak kahwin main-main dan mahu kekal ke syurga. Hattan juga mengaku pernah berkata yang dia bukan lelaki zalim untuk menceraikan isteri sampai talak tiga.
Hattan bercerai dengan talak satu. Hattan tahu penceraian adalah hal halal yang dikutuk Rasulullah, namun sebagai individu yang sudah pernah mempunyai pengalaman berkahwin sebelum ini, Hattan dan Farah sepakat untuk berpisah kerana mereka sedar perbezaan yang wujud antara mereka agak sukar untuk disetarakan.
Bukan mereka tak berusaha, tapi ia memang sukar. Akhirnya mereka memilih untuk berpisah. Bagi Hattan apa yang paling penting ialah mereka tak mahu pura-pura bahagia dan meneruskan perkahwinan hanya sebab takut dan malu dengan pandangan masyarakat. Bagi Hattan, kehidupan mereka, mereka yang lalui dan mereka yang tanggung, jadi mereka bertanggungjawab untuk kembali menjalani kehidupan duda dan janda.
Apa masalah sebenarnya?
Hattan enggan mengulas lanjut tentang masalah sebenar antara dia dengan Farah. Kata Hattan masalah antara mereka, biar mereka berdua simpan sahaja sebab mereka sudah berjanji di mahkamah untuk tidak mengaibkan atau menuduh siapa yang benar dan siapa yang salah dalam pelayaran rumah tangga mereka.
Hattan pun berharap bila sudah sahih dia bercerai, tak perlulah semua orang mengorek cerita kenapa mereka bercerai atau mencari salah dia atau salah Farah. Apa yang penting bagi Hattan ialah dia bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang telah dia ambil.
Hubungan dengan Fara masih OK Kata Hattan hubungan mereka masih baik. Mereka bukan bergaduh dan pergaduhan bukan menjadi punca penceraian mereka. Kata Hattan mereka menyelesaikan masalah mereka secara matang dan rasional untuk masa hadapan masing-masing.
Tidak takut jodoh Wartawan akhbar bertanya adakah Hattan sudah takut dengan soal jodoh.
Hattan kata dia tak fikir pun. Dahulu sebelum bernikah semula, Hattan fikir itu jodoh dan mereka pun bernikah serta mencuba yang terbaik untuk satu sama lain. Bila berpisah, Hattan pun tak rancang nak berpisah dan hidup duda semula. Tapi Hattan terima semuanya dengan reda.
|