www.artismelayu.net
Forum Artis
|
![]() Berita pertunangan bekas tunang Mawi, Ina Naim dengan bekas anggota kumpulan nasyid pop In-Team, Mohd Suhaimi Saad telah terpampang di muka depan Harian Metro. Memang memeranjatkan, kerana dalam tempoh tidak sampai setahun, Ina yang sebelum ini tidak keruan menghebohkan kisah putus tunangnya dengan Mawi telah pun dapat mencari pengganti. Sangat pantas memandangkan Ina sebelum ini nampak macam terlalu bersungguh-sungguh menyuarakan isi cinta hatinya yang tidak kesampaian pada Mawi. Tidak cukup dengan novel cinta, Ina turut merakamkan lagu 'Duhai Hati'. Ramai yang simpati pada Ina yang kelihatan masih mendambakan cinta Mawi. Hati manusia bisa berubah. Namun bila hati yang berubah itu ialah hati Ina, maka di sinilah timbul sedikit kemusykilan. Adalah selama ini Ina ikhlas mengharapkan cinta Mawi, atau hanya ingin tenggelam dalam dunia glamer. Boleh jadi juga Ina Naim sudah terlalu 'desperate' untuk menunjukkan yang dia masih laku. Dulu Ina sendiri pernah mengatakan bahawa 'hilang satu (Mawi) datang seribu.' Semoga dengan pertunangan ini, Ina tidak lagi mengejar Mawi atau cuba mengaitkan apa saja perihal hidupnya dengan Mawi seperti yang sangat suka dia lakukan sebelum ini. Ina Naim berumur 23 tahun manakala Mohd Suhaimi Saad, 27 tahun. Kata Ina dalam Harian Metro: “Walaupun pernah putus tunang, tak bermakna saya takut menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup saya. Sebelum ini, selepas putus tunang saya tak pernah menetapkan akan menolak kehadiran mana-mana lelaki dalam hati saya. Sebaliknya, saya pernah menegaskan jodoh dan ajal ditentukan Tuhan. Saya terima apa saja yang datang, cuma sama ada ia cepat ataupun lambat.” Majlis pertunangannya diadakan pada hari Rabu di rumah ibu bapanya di Kampung Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
|
Bila jatuh hati? Siapa Suhaimi? Kata Suhaimi: “Apa yang berlaku antara saya dan Ina bukan dirancang. Sewaktu pertama kali bertemu di syarikat rakaman Hijjaz Records pun saya hanya anggap Ina seperti adik saya tapi ini yang dikatakan jodoh. Saya menerima Ina dan yakin mahu menyuntingnya menjadi suri hidup saya kerana dia nampak benar-benar ikhlas dengan hubungan ini.”
| ![]() ![]() |