![]() | kisah artis seberang.. |
![]() |
|
![]() |
Nia Ramadhani dan Ardie bertunangPelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani dah bertunang dengan ahli perniagaan Ardie Bakrie. Kedua-duanya lahir pada bulan April. Oleh itu mereka memilih bulan tersebut untuk melangsungkan pernikahan mereka pada tahun depan (2010). Ardie melamar Nia Ramadhani pada 17 Oktober lalu. "Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Keluarga saya telah menemui keluarga Nia dan meminta izin. Alhamdulillah kami diberi restu. Alhamdulillah, saya bahagia dan semoga kami akan membina sebuah keluarga yang baik," kata Ardie. Bagi Ardie, mendirikan rumah tangga bersama Nia adalah perkara yang terbaik untuknya. Kedua-dua Ardie dan Nia gembira dan berharap mereka akan kekal bahagia. Ardie juga memberitahu bahawa dia dan Nia akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada April depan. "Harap-harap kami dapat bernikah pada bulan April tahun depan. Ini kerana hari jadi saya dan Nia jatuh pada bulan April. Tapi buat masa ini saya tidak pasti dengan tarikhnya. Nanti apabila semua benda sudah dipastikan, saya akan menjemput semua," tambah Ardie. | ![]() Ardie dan Nia Ramadhani |
| ![]() |
Kris Dayanti hanya dicerai talak satu![]() KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti yang sebelum ini digembar-gemburkan bercerai dengan suaminya, Anang Hermansyah dengan talak tiga rupa-rupanya hanya sah diceraikan dengan talak satu. Keputusan itu dikeluarkan oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 22 Oktober lalu. Kris Dayanti yang ditemui pada sidang media pelancaran album terbarunya, 'Aku Wanita Biasa' di sini semalam menjelaskan, meskipun sudah dua hari dia bergelar janda, hakikat itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya nyanyian. Ketika ditanya kemungkinan dia akan kembali kepada Anang, beliau berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini tetapi dia tidak tahu untuk masa depan. "Cinta saya sudah mati untuk Anang ketika ini," katanya. Kris Dayanti bagaimanapun menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa kecurangan beliau merupakan antara punca keruntuhan rumah tangganya. "Saya tidak curang, cuma orang menyalahertikan kemesraan saya," tegasnya. |
Poligami itu mengerikan, kata Rossa![]() Meskipun tidak ada masalah dengan hukum poligami, Rossa akui tidak mahu dimadu Pembentukan kelab poligami di Bandung, Jawa Barat, baru-baru ini benar-benar membuat penyanyi genit Rossa sedikit bingung. "Apaan itu? Aku sendiri baru dengar. Tapi, poligami itu kan hak individu," ujar Rossa seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web. Menurut janda Yoyok dari kumpulan 'Padi' ini lagi, membentuk kelab poligami sama saja seperti kurang kerja. "Sungguh aneh banget. Tidak ada kelab yang lain begitu? Kenapa tidak buat kelab bola, misalnya," kata pelantun lagu Tegar ini. Namun, sejujurnya, Rossa tidak ada masalah dengan hukum poligami. "Kalau isteri mengizinkan suami, tidak mengapa. Kalau dalam Islam boleh, selagi masih diizinkan oleh istri. Terpulang saja pada seseorang itu," ujarnya. Meskipun tak ada masalah dengan hukum poligami, ibu Rizky Langit Ramadhan ini tak mahu dimadu. "Kalau tanya saya, saya tidak suka idea berpoligami, jadi saya enggak akan mau. Mengerikan. Tidak mungkin saya mau," tegasnya. |