artismelayu.net

Khadijah Ibrahim - Juri Gegar Vaganza

Khadijah Ibrahim (lahir 19 Januari 1959) adalah salah seorang artis veteran berpengalaman luas Malaysia. Menjadi artis ketika berumur 19 tahun kerana mengikut jejak abangnya (pelakon dan penyanyi Latif Ibrahim) dan kakaknya (pelakon dan penyanyi Sophia Ibrahim).

Khadijah Ibrahim adalah penyanyi bertaraf penghibur dan mampu membuat persembahan memuaskan hati semua orang di majlis-majlis rasmi.

  • Khadijah Ibrahim ialah salah seorang juri tetap program Astro Gegar Vaganza. Merupakan gandingan terawal ketua juri Ramli M.S untuk musim 1, 2, dan 3 semasa Gegar Vaganza mengekalkan dua juri tetap sahaja.

  • Selepas itu tempatnya sebagai juri tetap digilir-gilirkan dengan lagenda keroncong Indonesia, Hetty Koes Endang. Khadijah Ibrahim menjadi juri tetap sekali lagi pada GV5 dan akhirnya sekali pada GV7.

  • Bermula dari GV8 hingga GV10 (All Stars), juri tetap adalah tiga orang. Namun sudah tidak lagi melibatkan Khajidah Ibrahim.

  • Khadijah Ibrahim gemar membahasakan dirinya sebagai 'ibu' apabila berkomunikasi dengan peserta.

  • Dilihat seolah-olah mengamalkan 'pilih kasih'. Juga pernah terdapat desakan supaya Astro mencari juri lain.

  • Kerap sampaikan salam orang kepada host rancangan, Nabil dan Jihan Muse dan menganggapnya sebagai 'amanah' orang.

  • Juga dikritik kerana selalu menyebut nama pereka busana pada setiap konsert Gegar Vaganza musim 5.