www.artismelayu.net | muka depan | forum artis

Lisa Surihani, Yusry bakal nikah 23 Feb

24 Dec - Duda Yusry Abd. Halim, 38, dan Lisa Surihani, 25, mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada 23 Februari depan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Presint 2, di sini, manakala majlis resepsi bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.

Yusry kata tarikh tersebut dipilih kerana ia adalah masa paling sesuai memandangkan jadual kerja mereka yang padat dengan sesi penggambaran.

"Kami tiada alasan khusus mengapa tarikh ini dipilih. Cuma masa itu yang paling sesuai untuk kami melangsungkan pernikahan. Semalam keluarga saya telah bertemu secara rasmi dengan keluarga Lisa untuk menghantar cincin tanda dan semuanya berjalan dengan lancar," katanya pada sidang akhbar khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan tersebut.

Cinta Blackberry

Mengimbas kembali detik perkenalan, Yusry berkata, hubungan bersama aktres filem Ombak Rindu itu berputik melalui Blackberry Messenger (BBM). Katanya, setelah setahun berkenalan secara maya, barulah mereka mengambil keputusan untuk lebih serius dalam perhubungan.

Bekas suami Erra Fazira

Dulu Yusry pernah mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang dengan Erra Fazira seolah-olah mereka akan kekal bersama sampai mati. Namun mereka bercerai pada tahun 2006 tanpa dapat cahaya mata. Erra selepas itu berkahwin dengan Engku Emran.

23 ialah tarikh lahir Lisa Surihani

Lisa Surihani yang ditemani ibunya pula berkata, angka 23 itu secara kebetulan sama dengan tarikh lahirnya 23 Mac. "Kebetulan Yusry pula mempunyai kelapangan selepas 20 Februari. Sepanjang Januari kami akan sibuk dengan penggambaran filem Ular dan kesempatan yang ada kami gunakan untuk melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan," jelasnya.

..

Lisa Surihani
Lisa Surihani

Lisa Surihani & Yusry KRU
Lisa dan Yusry yang membuat pengumuman tarikh nikah mereka

December 2011. Sumber berita mStar.com.