news artismelayu.net

Lisdawati menang saman. Nadia Mustafar diperintah bayar RM50,000
HOME
Forum Artis

31 Okt Kes saman pelakon Lisdawati (Nisdawati Zanaruddin, 33) terhadap dramatis Nadia Mustafar (Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35). Mahkamah telah memutuskan yang Nadia Mustafar bersalah dan diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada dramatis Lisdawati dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu. Saman asal Lisdawati ialah tuntutan bayaran RM250 000.

Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Yong Zarida Sazali. Mahkamah turut memerintahkan supaya Nadia Mustafar membayar faedah padakadar empat peratus bermula daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian kes. Perbicaraan melibatkan keterangan lima saksi. Keputusan itu diberikan tanpa kehadiran Lisdawati mahupun Nadia yang hanya diwakili oleh peguam masing-masing.

Kes saman apa ni?

Lisdawati memfailkan saman terhadap Nadia Mustafar pada 21 April tahun lalu berhubung satu artikel berkaitan isu hutang yang berlaku enam tahun dulu. Nadia Mustafar dikatakan ada mengeluarkan kata-kata fitnah yang merujuk kepada Lisdawati dalam satu temu bual oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani (dan meninggal dunia dah pun). Temu bual tersebut diterbitkan dalam artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' pada keluaran bertarikh 8 - 14 Januari 2005.

Walapun Nadia Mustafar tidak menyebut nama Lisdawati dalam temubual tersebut, namun wartawan berkenaan merujuk kepada Lisdawati berdasarkan rentetan-rentetan cerita yang diberikan oleh Nadia Mustafar. Kalau orang berkenaan bukan Lisdawati, Nadia Mustafar sepatutnya membuat penafian apabila berita itu tersiar. Namun Nadia Mustafar tidak langsung membuat penafian, seolah-olah mengakui bahawa cerita itu adalah tentang Lisdawati. Pada 18 Julai 2005 Lisdawati ada menulis surat kepada Nadia Mustafar yang memintanya memohon maaf, namun tidak diendahkan.

Dalam saman fitnah tersebut, Lisdawati menuntut ganti rugi RM250,000. Menurut Lisdawati, artikel tersebut memberi gambaran yang dia telah meminjam wang, berhutang, dan gagal menjelaskan hutang.

Betulkah Lisdawati ada pinjam duit Nadia?

Mengikut cerita dari mahkamah semasa perbicaraan, Lisdawati ada berhutang wang RM10,000. Namun Lisdawati dakwa dia tidak berhutang dengan Nadia Mustafar, sebaliknya dia berhutang dengan boyfriend Nadia Mustafar masa itu iaitu Mohd Roslan Omar.

Tapi Nadia Mustafar menafikan. Dia kata dia bekerja di luar daerah pada masa itu jadi dia suruh Mohd Roslan Omar berjumpa dengan Lisdawati dan mendahulukan wang RM10,000 bagi pihaknya. Jadi kata Nadia Mustafar, Lisdawati sebenarnya berhutang dengan dia. Tapi kata Lisdawati pulak, tak, bukan, dia tak hutang duit Nadia Mustafar, tapi dia berhutang dengan Mohd Roslan Omar. Korang faham tak ni? Tak paham pun takper lah. Biarlah mahkamah menentukan ending cerita ni camana.

Nadia ingat dia dah menang

Mula-mula Nadia Mustafar ingat dia sudah menang kes ni sebab pada 27 Jun 2011, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Yong Zarida Sazali meminta Lisdawati menarik semula saman itu kerana dia (si hakim tu lah) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes berkenaan.

Nadia Mustafar buat telahan yang dia dah menang kes. Sebenarnya tidak. Hakim tak kata Nadia menang. Hakim cuma kata dia tak cukup kuasa untuk kendalikan kes tu.

Lisdawati
Lisdawati

Nadia Mustafar
Nadia Mustafar

Oct 2011