www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Marsha kahwin senyap-senyap?

Harian Metro: “Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya. Kata Marsha, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Namun Marsha enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.

Kata Marsha buat masa ini dia perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut.

Sep 2011. Foto Harian Metro. Laporan Harian Metro oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Hellinie Sina

Marsha Milan LondohMarsha Milan Londoh