|
Tak kisahlah kan, asalkan rezeki yang halal. Penyanyi Maulana AF8 mula berjinak-jinak menceburi perniagaan pakaian dalam talian (online) pada awal bulan lalu. Maulana memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sebelum meneruskan cita-citanya untuk membuka butik pakaian.
“Para peminat boleh melayari laman Facebook ‘Maulana Clothing’ untuk melihat koleksi pakaian yang dijual. Setakat ini saya baru menjual pakaian wanita seperti gaun labuh dan kaftan. Dengan izin Allah, saya teringin untuk membuka butik pakaian untuk lelaki dan perempuan,” kata Maulana.
Selain menyanyi, Maulana akan menjadikan perniagaan ini sebagai punca pendapatan sampingan. Selain itu, dia mengambil peluang ini kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang menggalakkan umat Islam berniaga. “Orang-orang tua cakap ikut sunnah Nabi seperti berniaga pasti berjaya. Insya-Allah.” katanya.
Kenapa ikut cakap orang tua-tua, Maulana? Kan Nabi Muhammad s'a.w sendiri yang kata, berniaga adalah 9 dari 10 bahagian rezeki. Walau apapun, semoga Maulanan berjaya dalam cita-citanya kelak.
Sep 2011
|