![]() |
![]() |
/ Muka Depan / Artis meninggal dunia 2024 / 2023 / 2022 / |
23 Ogos 2024 Penyanyi veteran M. Rizal (Mohamad Razali Hasim, 71 tahun) meninggal dunia di rumah anaknya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bharu pada kira-kira pukul 10.50 malam.
Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Impian Emas, Skudai. Arwah meninggalkan seorang balu (Salmah Musa, 74 tahun), 5 orang anak dan 11 cucu. Mengidap sakit ulser perutSalah seorang dari anak M. Rizal berkata yang arwah meninggal dunia kerana penyakit ulser perut yang dihidapinya sejak tahun lepas lagi. Arwah juga mengidap sakit gout yang menyebabkan arwah sukar berjalan. Tiga hari lepas arwah hilang selera makan dan suapan terakhirnya untuk arwah ialah nestum pada kira-kira pukul 4 petang. M. Rizal ialah penyanyi veteran Malaysia. Juara Bintang RTM 1978. Tiga album sepanjang 1979-1985Sempat mempunyai tiga album di bawah tiga syarikat yang berbeza iaitu:
|
![]() Lahir pada 19 Julai 1953 di Telok Intan, Perak, dan meninggal dunia pada 23 Ogos 2024 semasa berumur 71 tahun. |
![]() |
![]()
|