www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Orang kampung buat kejutan meraikan Neelofa

Pelakon Noor Neelofa Mohd Noor, 22, (Neelofa) menganggap pengalaman pertama menyambut Hari Raya sebagai artis memberikan kejutan yang indah apabila dia diraikan dalam sebuah majlis rumah terbuka anjuran sanak-saudara dan penduduk kampung di Pasir Mas, Kelantan pada Hari Raya pertama yang lalu. Dakwa Neelofa, majlis tersebut yang lebih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan penduduk setempat diadakan sebagai tanda kesyukuran dan berbesar hati atas kehadirannya di industri seni.

"Kalau hendak tahu kami sekeluarga dan orang-orang kampung memang rapat. Tambahan pula, memang sudah menjadi trend bagi kalangan orang Kelantan, semangat kenegerian mereka memang kuat dan utuh. Apabila mereka dapat tahu saya kini bergelar artis, mereka cukup berbesar hati dan teruja untuk meraikan saya dalam rumah terbuka bersempena Aidilfitri," kata Neelofa macam orang perasan.

Neelofa turut bercerita yang dia sekeluarga balik ke Kelantan menaiki kapal terbang. Macam berlagak je ni. Itu pun nak cerita jugak ke? Kata Neelofa mereka 'terpaksa' naik kapal terbang untuk pulang ke Kelantan kerana keluarga dia besar. Dia ada 10 adik-beradik. Jadi bagi Neelofa, sudah tentu leceh kalau naik kereta.

Kalau betul orang kampung meraikan Neelofa, baguslah tu. Peliharalah adat-adat dan adap orang kampung. Jangan berlagak diva dan jangan cepat bersosial tak ingat dunia. Janganlah nanti memalukan orang Kelantan pulak.

Neelofa ialah heroin filem 'Azura 2011'. Projek filem seterusnya ialah filem 'Lemak Kampung Santan' arahan Hans Isaac. Neelofa ialah pelajar jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Kolej Sunway.

Sep 2011. Kredit foto to mstar.com.my

NeelofaNeelofa