| ArtisMelayu.net Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |
'Satu Ujian Allah,' komen Noraniza Idris tentang perceraiannyaPerkahwinan Noraniza Idris dengan suami kedua ni terlalu singkat. Komen Noraniza - 'mungkin tiada jodoh.' Perkahwinan pertama ialah bersama bekas penyanyi Fareez. Mereka dapat beberapa orang anak dari perkahwinan ni. Tapi mereka bercerai selepas berlaku sesuatu yang sangat tak diingini oleh mana-mana suami. Kecoh juga selepas perceraian mereka tu. Apa komen Noraniza Idris sama ada dia bahagia atau tidak dengan perkahwinan baru ni? 'Entahlah, tak tahu nak kata. Bahagia pun tak, tak bahagia pun tak. Tak tahu nak cakap macam mana sebab kahwin singkat sangat.' Tu komen dia. Nampak macam tak bahagia. Sebab dia langsung tak pertahankan perkahwinan tu. Berikut ialah komen Noraniza Idris dalam akhbar Utusan Malaysia. "Masa saya buat keputusan tu (untuk kawin lagi), saya tak betul-betul kenal siapa dia (suami kedua). Kenal sekejap terus nak kahwin." Tapi kenapa kahwin kalau tak kenal? "Masa itu saya banyak sangat masalah. Yalah, lepas berpisah dengan Fareez, memang saya betul-betul tertekan dengan keadaan sekeliling dan kehidupan diri saya. Bila kenal orang baru, saya kata kahwin sajalah. Ingatkan nak lari dari masalah tapi masalah yang saya hadapi tak selesai juga. Akhirnya saya terima keadaan ini sebagai ujian. Sebelum saya ambil jalan untuk berpisah, saya ada buat sembahyang hajat. Masa itu saya di Pulau Pinang. Saya minta Allah beri petunjuk masalah yang saya hadapi. Yalah, masa tu memang saya agak tertekan dengan rumah tangga saya itu. Saya minta pada Allah, kalau baik keputusan saya itu, tunjukkan. Alhamdulillah, tak lama selepas itu pada satu malam saya dapat petunjuk. Kira-kira pukul 9.15 malam saya lihat dengan mata saya sendiri. Rasanya tak perlulah saya cakap apa benda itu. Malam itu juga saya telefon abang kandung saya yang nombor dua. Saya rapat dengan dia. Saya minta pandangan dia. Dia minta saya balik ke Kuala Lumpur." Kata Noraniza Idris, selama ni dia tidak menunjukkan siapa suami dia sebab "Kita ini bermadu. Takkan kita nak tunjuk suami kita tu kepada orang pula." Takpalah kan. Itu hak dia. Kata Noraniza Idris lagi dia memang memikirkan pandangan orang. Apa orang nak kata bila tahu dia bercerai. Yang pertama gagal, kahwin kedua pun gagal juga. Pada satu hari anak dia, Aliff bagi pandangan. Dia kata 'buat apa mama nak diam. Beritahu orang sajalah yang mama dah bercerai. Nanti orang tak anggap macam-macam lagi.' Akhirnya Noraniza Idris ikut nasihat anaknya. Menyesal tak bermadu? "Dulu tak fikir benda tu. Macam yang saya katalah. Nak lari dari masalah. Sebab tu kahwin. Tapi masalah ada juga. Serik dari berkahwin lepas ni? Saya tak boleh nak kata serik. Cuma buat masa ni saya tak nak fikir lagi nak kahwin atau tak? Saya nak buat bisnes dulu. Nak bagi anak-anak senang. Cuma saya boleh katakan dalaman saya semakin kuat selepas mengalami peristiwa kegagalan ini. Saya rasa lebih matang dalam rumah tangga. Saya anggap apa yang berlaku adalah satu ujian Tuhan buat saya. Setiap apa yang kita buat, kita kena balik kepada Dia. Sekali fikir, bila jadi benda macam ni semangat makin kuat. Dulu saya tak boleh berdikari tapi syukurlah sekarang semakin kuat semangat." sumber berita - mingguan malaysia | ![]() Noraniza Idris (Gambar Utusan) |
| ArtisMelayu.net Home | Link laman Artis | Forum Artis | Webmaster |