artismelayu.net
forum artis
Norish Karman dituduh ada anak luar nikah

18 Dec - Ada laporan media mengatakan pelakon Singapura Norish Karman (Nor'Ashikin Karman, 35) menyembunyikan diri kerana sedang hamil anak luar nikah. Norish Karman menyifatkan laporan media tersebut sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga. Norish berkata dakwaan liar itu tidak asing baginya yang sudah berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia lakonan, namun ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

“Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak. Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?” kata Norish Karman.

Namun bagi Norish Karman walaupun provokasi dan dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.

Apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil luar nikah. “Saya berdiam diri kerana sibuk membuat persiapan dan mencari material yang berkualiti untuk album sulung saya pada tahun depan. Jadi, tidak perlulah saya hendak kecoh-kecoh memberitahu semua orang setiap perkembangan saya pula. Apabila orang menuduh saya macam-macam, saya berasa sedih tetapi saya tiada masa untuk melayan fitnah sebegini,” katanya.

Bekas suami ialah bekas ADUN

Norish Karman ialah janda bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir. Mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany (12), Muhammad Hardy Amieran (8), dan Putri Hany Amanda (7).

Norish Karman
Norish Karman. Foto Utusan
15 Dec 2011. Sumber berita KOSMO dan mStar.com.my. dan Utusan.