www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Norman, Memey kini suami-isteri

Sabtu 24 Septemmber 2011. Dengan sekali lafaz, pelakon Mohammad Norhakim Zaidon (Norman Hakim, 35), telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Suhaiza Suhaimi (Memey, 23), di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang. Mereka dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran. Norman pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran. Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey dan Norman mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail. Seramai 1,000 tetamu hadir di majlis tersebut termasuk dua anak Norman (hasil perkahwinan dengan Abby) iaitu Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim. Mereka berdua berada di sebelah Norman semasa majlis akad nikah dijalankan. Norman kata dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Sebak dan menangis

Kedua-dua pengantin sebak dan menangis semasa akad dijalankan. Mereka mula sebak sebaik saja jurunikah membacakan kutbah nikah.

Malam Berinai

Pada sebelah malam, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis Resepsi

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Majlis Kahwin RM12 juta

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia. Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan. Hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Pada majlis tersebut, Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang. Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Pasangan khalwat

Perkahwinan kedua-dua pelakon ini mendapat perhatian kerana mereka pernah didakwa berkhalwat tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Julai lalu.

Pertama bagi Memey, kedua bagi Norman

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman. Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim (8), Marissa Dania Hakim (6), dan Maria Danisha Hakim (3). Norman dan Abby bercerai pada 18 Disember 2008.

24 Sep 2011

Norman dan MemeyNorman dan Memey

Foto Perkahwinan Norman Memey

Norman ucap terima kasih pada Abby. Kenapa?