www.artismelayu.net    Laman Utama    Forum Artis

Norman Ucap Terima Kasih Pada Abby

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Abby kerana dia yang sediakan pakaian untuk anak-anak untuk dipakai pada majlis pernikahan hari ini. Pada mulanya, saya pun tidak terfikir untuk bawa anak-anak pada majlis nikah ini. Ingatkan, biarlah mereka datang kemudian untuk majlis resepsi sahaja. Tapi, Abby yang cadangkan saya bawa mereka. Malah, dia juga yang sediakan baju yang mereka pakai tadi..

Norman kata dia lihat hubungan dia dengan Abby sekarang ini sudah semakin baik. Itu kata Normanlah. Tak tahu pulak apa kata Abby. Kata Norman lagi, peredaran waktu membuatkan masing-masing boleh menerima apa yang berlaku. Betul ke ni, Norman? Walaupun kini Norman telah menjadi suami kepada Memey, tetapi ini tidak bermakna Abby tidak boleh menghubungi dia lagi. Kata Norman dia juga tidak kisah jika Abby mahu berkongsi masalah dengannya. Kata Norman, memang mereka telah berpisah, tetapi mereka ada hubungan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak.

Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak sepanjang tempoh perkahwinan mereka iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim, 3. Mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008. Ini adalah perceraian kali kedua selepas pertama kali bercerai pada 5 Mei 2006.

Oct 2011

Norman, Memey dan anakNorman, Memey dan anak-anak. Click to enlarge

Norman dan Memey bernikah