www.artismelayu.net | muka depan | forum artis


Ogy sudah maafkan, tapi tetap saman

21 Jan - Ogy (Fauziah Ahmad Daud) kata yang dia sudah memaafkan Johan (Raja Lawak) tetapi saman tetap saman.

Ogy nak saman sebab dia anggap Johan telah mengaibkannya semasa mereka menjadi pengacara bersama Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) pada 20 November 2011 yang disiarkan secara live.

Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan Johan yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya. Ogy berharap Johan mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.

"Bagaimanapun, berkenaan dengan tindakan saman itu (terhadap Johan) , saya serahkan sepenuhnya kepada peguam saya. Apa-apa pun, saya dah okey tentang hal ini. Cuma dia harus belajar daripada kesilapannya supaya tahu mana yang patut atau tidak ketika mengacara bersama pasangan mengikut kesesuaian. Tidak kira sama ada pasangan yang kita mengacara bersama itu lebih berusia atau tidak, kita perlu menghormatinya. Johan seorang yang berbakat besar tetapi dia perlu gunakan bakatnya dengan betul dan kenal majlis itu apakah kata-kata yang sesuai sewaktu mengacara."

Dakwa Ogy lagi, kerana kata-kata sinis juga, ia bukan sekadar menyinggung perasaan orang malah boleh 'mencacatkan' sesebuah majlis yang dikendalikan.

Asal usul saman Ogy

Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior. Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu.

Johan cool, enggan ulas lanjut

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini, Johan telah tampil untuk memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut dan dia benar-benar terkejut dengan tindakan ogy itu yang sedikitpun tidak terlintas di fikiran johan.

Jelas Johan dia tidak sangka sama sekali Ogy mahu mengambil tindakan undang-undang dek kerana mahu melaksanakan tugas yang diamanahkan pihak FFM. Ini kerana sebaik sahaja FFM24 tamat, dia telah memohon maaf kepada Ogy seandainya ada kata-katanya membuat ogy terluka.

Mengenai kes saman itu, Johan enggan mengulas lanjut kerana sehingga kini dia masih belum mendapat sebarang surat saman daripada mana-mana peguam.

Sementara itu, isteri kepada pelakon dan pelawak ini, Ozlynwati, turut melakukan perkara yang sama dengan Johan. Ozlyn ketika dihubungi memberitahu baik Johan dan dia tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang kenyataan mereka boleh menjejaskan kes sekiranya perkara ini benar-benar ke mahkamah.

Ogy tak gedik lagi, Johan dah jadi serius?

Susah nak komenlah. Secara umumnya mungkin Ogy terasa sangat bila Johan kata dia tua. Iyerlah, memang dia dah tua. Tapi perempuan memang sensitif pasal umur. Perempuan tua bertudung yang gedik. Kan buruk rupa dia? Satu lagi, Ogy mungkin rasa yang dia sangat otai dan Johan masih muda dan hingusan. Ogy ternyata sentap. Tapi kan Johan tu pelawak? Dia dia membawa semua aksi dan skrip dalam nada lawak.

Antara mereka berdua, Johanlah yang menghidupkan majlis. Bila Johan melawak, aksinya akan jadi natural, sebab semua orang tahu dia pelawak. Tapi Ogy bukan pelawak. Jadi bila dia cuba mengkelakarkan situasi, maka jadilah gedik. Penganjur mungkin silap sebab pasangkan Ogy dengan artis masa kini. Kalau acara semi-final Kilauan Emas mungkin lebih sesuai untuk Ogy. Tapi mungkin pada malam itu Ogy rasa dia ialah Azura gadis remaja macam dalam filem Ali Setan tu.

Agaknya Johan kena tunjukkan yang dia hormat otai. Tapi dalam keadaan di pentas macam tu dan untuk menghidupakan suasana ceria, macam mana agaknya? Tapi Ogy ada hak terhadap perasaannya, dan ada hak untuk menggunakan undang-undang. Johan, lu pikir ler sendiri!

Tanak komen lebihlah nanti kena saman pulak. Di bawah ialah contoh-contoh komen orang ramai di FB dan youtube. Rata-rata mengata dan mengejek Ogy. Ada yang sangat pedih bunyinya.

Johan Raja Lawak
Reaksi terhadap niat Ogy nak saman

Johan Raja Lawak
Rata-rata mengata Ogy

Baru-baru ni ada pihak yang mempertikaikan Ogy jadi Mentor. 'Tak Layak', laungan mereka. Ogy nak saman sapa pulak kali ni?

Ogy Ahmad Daud
Ogy nak saman

Johan Raja Lawak
Johan nak disaman

January 2012. Sumber berita mStar.com dan akhbar tempatan.