|
Ombak Rindu sudah cecah RM10 juta
18 Dec - Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan sejak 1 Disember lalu.
Kata Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu lagi. Kutipan RM10 juta Ombak Rindu adalah melebihi sasaran awal mereka iaitu RM6 juta. Sharad Sharan jangka filem Ombak Rindu boleh mencecah RM14 juta.
Sharad Sharan turut menjanjikan bonus kepada pelakon dan krew produksi sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.
Kata Sharad Sharan, filem Ombak Rindu akan dihantar untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012
Sinopsis Ombak Rindu Ombak Rindu mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Izzah dibela oleh ayah dan ibu saudaranya. Namun, bapa saudara Izzah iaitu Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.
|