|
Osbon Juara Maharaja Lawak Mega
31 Dec 2011 Kumpulan Osbon (Abon dan Mr Os) menjadi juara Maharaja Lawak Mega.
Mereka bertanding selama sembilan minggu dan mengalahkan tiga pasukan lagi pada peringkat akhir.
Nama betul Osbon ialah Mohd Yusof Abdul Hamid manakala nama betul Abon ialah Sharizan Ahmad.
Mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik).
Mereka menerima hadiah wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.
Kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah (Malaysia), Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin (Singapura) terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir membuat dua persembahan iaitu yang bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Mereka diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.
Juri tetap terdiri daripada Datuk Redzuawan Ismail (chef Wan), Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan.
Pada malam pertandingan akhir, juri jemputan ialah Aaron Aziz.
Kata Osbon berkata, kemenangan itu adalah rezeki buat mereka berdua, namun mereka tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.
Bagaimanapun, mereka sentiasa bersedia dengan pelbagai konsep dan idea berbeza pada setiap kali tampil di pentas.
"Pihak juri sentiasa memberikan komen yang pedas tetapi membina atas sebab itu kita sentiasa perlu bersedia dengan idea dan konsep baru untuk memenangi hati mereka dan penonton," ujar mereka.
|