|
Pengarah dan pelakon, Pierre Andre, 26, mengakui yang dia berasa cemburu dengan kejayaan yang selama ini dicapai oleh rakan baiknya, pengarah Syamsul Yusof.
Tapi kata Pierre Andre, perasaan cemburu itu bukan ke arah yang negatif. Sebaliknya ia lebih bersifat positif untuk lebih memajukan diri sebagai pengarah dan pelakon.
 | Sejujurnya saya cemburu apabila melihat kejayaan Syamsul yang berjaya menghasilkan pelbagai genre filem dan mendapat kutipan mencecah lapan ke sepuluh juta. Itu adalah satu cabaran untuk saya untuk melakukan lebih baik untuk memajukan diri sekurang-kurangnya setanding dengannya. |
Oklah tu, daripada mencemburi sebab teman wanita siapa yang lebih cantik, atau kereta siapa yang lebih besar. Semoga satu hari nanti Pierre Andre pun akan mencapai kejayaan seperti Syamsul Yusof juga.
24 Sep 2011
|