www.artismelayu.net | muka depan | forum artis


Puteri Mardiana
pelakon sumpahan kum kum

Puteri Mardiana

Profile

Nama: Puteri Mardiana Zainal Abidin
Tarikh Lahir: 3 Okt 1981 di Hospital Besar KL
Asal: Setiawan, Perak
Kerjaya: Pelakon
Perkahwinan pertama: 2003
Bekas suami: Shahnaz Norwawi
Bercerai: Ogos 2009
Status sekarang: Ibu tunggal
Filem:
Santau (2009, pelakon utama)
Ngangkung (2010, pelakon pembantu)
Damping Malam (2010, pelakon pembantu)
Kongsi (2011, pelakon pembantu)
Keramat (2012, pelakon pembantu)
Sumpahan Kum-Kum (2012, pelakon utama)

Pencapaian

Putri Mardiana Zainal Abidin (Nina) merupakan wakil tunggal negara dalam kategori lakonan Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat yang berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2011. Dia menang pingat emas pada acara itu.

Puteri Mardiana ialah calon Pelakon Harapan Wanita dan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23. Tak menang.

Puteri Mardiana

Tidak lagi dinaungi MIG

Dulu dinaungi MIG. Sekarang tidak lagi. Kata Puteri Mardiana, perjalanan kariernya semakin baik dan stabil sejak bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah MIG Talents. “Alhamdulillah, tawaran lakonan tidak pernah putus. Walaupun ada pihak yang meragui saya kononnya tidak boleh berdikari selepas keluar daripada pengurusan MIG, tanggapan itu adalah salah. Saya akui perlu bekerja keras dan ringan mulut dengan para penerbit dan orang industri. Keadaan itu sebenarnya mematangkan dan membuatkan saya lebih kuat daripada sebelum ini,” kata Puteri Mardiana.

Anak-anak dipelihari oleh bekas suami

Tiga orang anak Puteri Mardiana sekarang dengan suami pertama iaitu Alia Wirdani (8), Amir Firman (6), dan Airell Zuhair (5) dibesarkan oleh bekas suaminya.

"Selagi anak-anak bahagia, saya tidak ada masalah untuk memberikan ruang untuk mereka tinggal bersama bekas keluarga mentua di Bentong. Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa dan sejak berpisah, anak-anak sudah biasa tinggal dengan mereka," katanya.

Puteri Mardiana hanya menjenguk anak-anaknya bila menjelang Syawal. Dia kata selalunya dia pulang ke Perak pada Syawal pertama dan hari kedua pula dia balik ke Pahang untuk mengambil anak-anak pulang ke kampung.

Perkahwinan pertama

Puteri Mardiana berkahwin dengan Shahnaz Norwawi pada tahun 2003.

Diceraikan secara taklik

Shahnaz memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai taklik pada 3 Julai 2009 dengan mendakwa Puteri Mardiana melanggar syarat taklik. Shahnaz pernah melafazkan taklik menerusi telefon pada 1 Jun 2009 untuk menghalang Puteri Mardiana daripada meninggalkan rumahnya. Sebelum itu Puteri Mardiana pernah meninggalkan rumah tanpa izin. Walaupun menerima lafaz taklik, Puteri Mardiana yang tidak tahan dengan sikap suaminya pada masa itu bertindak meninggalkan rumah pada 3 Julai 2009 selepas berlaku satu pergaduhan besar. "Saya tahu apa akibatnya keluar dari rumah tetapi saya sudah tidak boleh menerima dia. Lagipun saya tahu niat di sebaliknya mengapa dia lafaz taklik. Bayangkan kalau dua bulan kami hidup tanpa berhubungan. Lebih baik lepaskan saya," kata Puteri Mardiana. Perceraian taklik mereka sah pada 25 Ogos 2009.

Menafikan kehidupan artis menjadi punca perpisahan

Puteri Mardiana menafikan yang penglibatannya dalam dunia artis menjadi punca rumah tangganya sudah bergoyang. Kata Puteri Mardiana, sebelum dia menjadi pelakon lagi mereka sudah kurang serasi serta kurang komunikasi. Itulah punca perpisahan sebenarnya. Suaminya pada masa itu bekerja di Singapura sebagai konsultan jurutera. Faktor terebut menyebabkan hubungan mereka tidak mesra.

Pernah lari tinggalkan suami dan anak selama 6 bulan

Disebabkan merajuk, Puteri Mardiana mengambil tindakan meninggalkan rumah pada sekitar Jun 2008 untuk menetap bersama ibunya di Setiawan, Perak. Puteri Mardiana meninggalkan suaminya dan tiga orangnya selama enam bulan. Bertuah punya bini. Selepas enam bulan meninggalkan rumah, Puteri Mardiana kembali untuk memperbaiki hubungannya dengan bekas suami. Setelah berusaha selama enam bulan, Puteri Mardiana sedar hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

Jadi artis punca bercerai?

Apabila ditanya sama ada penglibatan dalam dunia lakonan menjadi salah satu punca perpisahan, Puteri Mardiana memberitahu dengan tegas yang dia ada meminta izin bekas suaminya sebelum berlakon. Dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon dan semuanya dilakukan dengan izin suaminya. Puteri Mardiana mendakwa hanya selepas mendapat restu suaminya barulah dia meneruskan impiannya sebagai pelakon. Malah, dakwa Puteri Mardiana lagi, dia menerima tawaran penggambaran juga dengan niat mahu menambahkan rezeki untuk anak-anak mereka.

Pernah jual nasi lemak

Puteri Mardiana mengaku pernah berniaga jual nasi lemak dari pejabat ke pejabat untuk meringankan beban kewangan suaminya.

Perceraian memberi kebebasan

Bagi Puteri Mardiana, 'kebebasan' yang dikecapinya selepas menjadi janda adalah satu permulaan kepada kehidupannya yang baru. Puteri Mardiana kata dia mendapat sokongan daripada keluarganya. "Berlakon menjadi perkara paling utama sekarang kerana saya sudah tawar hati dengan cinta. Kalau cerita mengenai penerimaan lelaki lain pada masa akan datang, saya tidak mahu fikir lagi. Hati saya sudah tertutup tetapi bukan sepenuhnya."

Life foes on. Sekarang ada kekasih baru

Kisah silam dengan suami lama perlu ditinggalkan. Hidup mesti diteruskan. Terkini, Puteri Mardiana sudah ada kekasih baru. Mereka dijangka bertunang dan berkahwin pada tahun 2012.

..